Sabtu, 29 Mac 2014

APA ITU SISTEM OPERASI 'ANDROID' DAN VERSI-VERSINYA

Untuk makluman korang 'Android' adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.

Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Sejarah Android dan versi2nya:

 The-Andriod-Story

Setakat ini aku sudah pun mengguna versi Gingerbread 2.3,Ice cream 4.0 dan terbaru Jelly Bean 4.1. Semakin baru versi Android itu semakin hebat dan bertambah fungsinya...Setakat ini pesaing utama kepada Android ialah IOS iaitu sistem operasi yng digunakan oleh peranti bergerak Apple... Insha Allah aku akan terangkan tentang IOS jika berkesempatan sebab aku mahu memperincikan tentang sistem operasi Android terlebih dahulu sbb aku adalah pengguna Android...Kepada pengguna IOS jgn berkecil hati kerana setiap sistem operasi itu ada kelebihan & kekurangannya...Post yng akan datang aku akan terangkan tentang istilah  "Root/Rooting kpd Android...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan