Ahad, 30 Mac 2014

TUTORIAL PINDAH APP2SD MENGGUNAKAN FOLDERMOUNT.

 

Foldermount adalah sejenis aplikasi yng digunakan utk memindahkan sesuatu aplikasi kedlm sd kad. Seperti yng semua pengguna Android sedia maklum sesetengah peranti android tidak menyokong fungsi menindahkan aplikasi kedlm sd kad. Dengan memori peranti yng terhad perkara ini membuatkan pengguna android frust... Tapi tak perlu risau sbb aplikasi foldermount boleh membantu anda dan anda tak perlu risau utk memuat turun games yng besar saiznya.

Langkah pertama yng perlu anda buat ialah memuat turun aplikasi Foldermount secara percuma didlm Google Play tp apa yng perlu anda tahu ialah aplikasi percuma itu hny membenarkan anda memindah 3 aplikasi shj. Utk memindah lebih byk app anda perlu membeli versi penuhnya.

 

Fungsi sebenar Foldermount dlm bahasa mudahnya ialah utk menipu sistem operasi android dgn membuat seolah-olah aplikasi yng dipindahkan kedlm sd masih berada dlm memori peranti android. Tapi sebenarnya hny folder kosong yng masih berada dlm memori peranti android anda.

Selepas memuat turun dan memasang aplikasi itu ia akan kelihatan begini.

 


Langkah seterusnya ialah menamakan folder utk aplikasi yng akan dipindahkan kedalam sd kad caranya dgn menekan butang ✚ untuk membuat folder.  Contohnya anda ingin memindahkan aplikasi "Asphalt7" jd namakan folder itu sebagai "Asphalt7". Ini adalah contoh folder pair yng sudah dibuat.

 


Kemudian klik pada "source" utk mencari dimana letaknya file yng ingin dipindah itu. File itu anda boleh dapati didalam memori peranti anda. Langkah ini mungkin agak rumit tp lama kelamaan anda akan mahir. Utk pengetahuan anda '0' mewakili memori peranti android anda dan '1' mewakili sd kad anda. Source sesuatu aplikasi seharusnya dicari dalam memori dalaman peranti anda iaitu '0' seperti gambar dibawah.



Setelah selesai mencari file yng diperlukan telingkap berikut akan keluar dan anda hanya perlu tekan pada butang yes seperti gambar dibawah.

 


Gambar dibawah disebelah kanan menunjukkan folder pair sudah dibuat. Tekan pada butang ✔ utk proses memindah file kedalam sd kad,

 

Proses memindah aplikasi akan berjalan seperti gambar dibawah.

 

Seterusnya anda hny perlu pinkan aplikasi yng ingin anda guna. Langkahnya anda hanya perlu klik pada butang berbentuk pin dan tunggu sehingga pin itu bertukar kpd warna hijau. Selesailah proses memindahkan aplikasi kedlm sd kad menggunakan Foldermount.

 

 Semoga tutorial ini dapat membantu anda. Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan