Sabtu, 14 November 2015

SISTEM ANDROID ANDA BERAT DAN LEMBAB? BOSAN DENGAN STOCK ROM? JOM FLASH CUSTOM ROM...

 


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu kita perlu ada pengetahuan tentang Stock Rom dan Custom Rom:

Truly Stock ROM/Firmware

Versi ini boleh dikatakan didalam bentuk asal (default). Tiada pengubahsuaian yang dibuat melainkan memberi sokongan kepada satu peranti tertentu untuk dijalankan. Ia menawarkan penggunaan standard dari sistemnya tanpa sebarang perubahan pada paparan antaramuka mahupun fungsi.

Manufacturer(Pengilang) atau Carrier (Pembekal) Stock ROM/Firmware

Versi ini pula memiliki penambahan jika dibanding dengan sistem operasi asal (default) yang dikeluarkan oleh pengilang. Selalunya ia merangkumi penaiktaraf dan penambahan pada paparan antara muka, aplikasi, dan sekatan yang bertujuan untuk mencegah peranti diguna di kawasan tertentu. Begitu juga sekatan untuk mencegah dari pemasangan ROM/firmware yang tidak dikeluarkan oleh pembekal atau pengilang.

Custom ROM/Firmware
Developer bebas adalah mereka yang suka mengubahsuai peranti dan berkongsi hasil kerja mereka kepada orang ramai. Dan hasil pengubahsuaian mereka itu dipanggil Custom ROM. Selalunya mereka memilih Android OS untuk dijadikan Custom ROM kerana ia didatangkan didalam kategori sumber terbuka (Open Source).
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Custom ROM, korang boleh mendapatkan maklumat dan juga Custom ROM itu sendiri di forum XDA-Developers atau terus mencarinya di Needrom.

Antara Custom yang terkenal dan paling stabil adalah:

-Carbon ROM
-SlimRoms
-Pac Rom
-Omni Rom
-AOKP
-CyanogenMod
-Paranoid Android
-Popkat (lolipop+kitkat)

 

Kelebihan Custom ROM

Kita harus berterima kasih kepada pembangun (developer) yang membangunkannya. Kelebihannya adalah seperti berikut:

Pertama dan terpenting, kepelbagaian pilihan ROM! Ada ribuan custom ROM di luar sana untuk pelbagai peranti, masing-masing menawarkan pelbagai rangkaian ciri yang tidak ditemui dalam Stock ROM.

Kemas kini yang cepat dan pantas. Custom ROM selalunya dikeluarkan dari versi OS yang terbaru dan boleh dimuat turun sebelum ROM rasmi dilancarkan. Bagi kes ini ia ditujukan pada peranti Android , di mana pembangun cuba memasang versi terbaru dari Android ke beberapa peranti akan setelah dikeluarkan.
Memberikan maklum balas semudah meninggalkan mesej di forum pembangunan untuk ROM tersebut, sangat sesuai untuk melaporkan bug.

Dapat menyelesaikan masalah korang di forum, tidak semestinya dari pembangun itu sendiri, tetapi juga pengguna yang telah berpengalaman.

Custom ROM menghapuskan semua sekatan yang dipasang oleh pembekal atau pengilang.Penambahan prestasi dan pengoptimuman mudah didapatkan pada Custom ROM dan membuatkan mereka jauh lebih pantas daripada stock ROM, membolehkan pengguna untuk mendapatkan hasil maksimum dari peranti mereka.

Pilihan Overclocking dibina ke beberapa Custom ROM.

Pilihan Undervolting ditemui di beberapa ROM iaitu memanjangkan jangka hidup bateri.

Telefon lama yang mempunyai memori dalaman kecil boleh menggunakan kad memori SD luaran untuk aplikasi sama seperti menggunakan memori dalaman.

Jadi, dengan semua kelebihan ini, seharusnya tidak ada alasan untuk tidak setia dengan Custom ROM kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan