Sabtu, 12 Mac 2016

TUTORIAL ROOT DAN FLASH MATERIAL + ROM UNTUK LENOVO A889.

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Memiliki Lenovo A889 adalah kepuasan kerana saiz skrin yang besar ( 6 inci) dan harga yang sangat murah berbanding smartphone bersaiz 6 inci yang lain... Tapi apa yang merunsingkan ialah stock rom Lenovo A889 ini terlalu banyak bloatware bertulisan china yang langsung tidak diperlukan membanjiri Lenovo A889...

Memiliki hardware yang bagus tidak sepatutnya Lenovo A889 dipasangkan dengan stock rom yang amat mengecewakan itu...

Jangan risau pilihan korang membeli Lenovo A889 masih berbaloi kerana terdapat Custom Rom yang sangat sesuai dengan Lenovo A889... Cusrom yang dimaksudkan ialah Material +... Masih memakai based Jellybean tetapi interface usernya dimodifikasi dengan mod Material + (lolipop)...

Tanpa berlengah lagi inilah langkah2nya:

1.Root
- Root menggunakan app Kingo Root (root tanpa PC) dwnload  disini
2.Custom Recovery (CWM/TWRP) tutorial dan link disini 
-Custom recovery Lenovo A880 boleh digunakan untuk Lenovo A889
3.Download file zip Material + disini
4.Masuk Custom Recovery dan buat backup sebagai langkah berjaga2 (Penting!!!) Selepas selesai backup rom buat langkah ini:
- FULL WIPE FACTORY 2X
-FULL WIPE PARTITION 2X
-WIPE DALVIK CHACE 2X
-Install Material+.zip (Install Zip from sd card jika anda menggunakan CWM dan pastikan anda simpan file zip itu dalam sd card, tidak perlu letak dalam folder untuk memudahkan anda mencari file zip itu)

DWYOR( Saya tidak akan bertanggungjawab jka berlaku bootloop/brick dll masalah, risiko perlu ditanggung anda sendiri... Jangan bimbang jika langkahnya betul masalah tidak akan timbul)

Dan inilah hasilnya selamat mencuba...